Thursday, October 22, 2015

Finally I'm 22 years old!

Salam, olla..

Pada 20 Oktober 2015 (selasa), maka akhirnya aku berumur 22 tahun! Finally.. Aku dah tak boleh cakap "I am not 22 yet" dah.. Profile Instagram pun bukan "turning 22', sekarang "22." Bye bye my age of 21 years! Terpaksa kurelakan kau pergi. Drama plak. 

Yeah, I was born on 20th october 1993 at 12.50 am. Orang tengah sedap-sedap tidur, aku sibuk nak keluar.. Mama cakap mama ada pilihan sama ada nak lahirkan 19hb ataupun 20hb. Mama pun mestilah pilih 20hb.. Baru cantik sikit tarikh tu kan.. haha.. Thanks ma..

Thank you shiro, a.k.a my partner in crime, my housemate, my mommy, my kembar! Nanti aku guna passport holder tu bila balik January nanti! :)

16 Oktober 2015

So, jumaat tu, Aqilah a.k.a bini aziz (aku suka gelarkan si qiqi ni "bini aziz" sekarang haha) message aku. 

Aqilah: Seri.. Aku teringin la nak makan bende manis comel2. hehe. jom g cake shop nak esok? Dh lama xg..

Aku pun reply, malas la nak g.. sebabnya aku kena bayar untuk patient bridge aku hari ahad nanti.. bukan sikit tapi 30 Dinar! Huwaaa. Aku cakap after duit JPA masuk macam sedap sikit la nak g.. Tapi si qiqi ni tak balas da after that... Aku ingat merajuk ke ape la bini aziz ni.

Then malam tu, Nina cakap esok pagi dia nak g zamzam. Aku cakap aku nak ikut sebab nak singgah cucuk duit and beli barang jugak.

17 Oktober 2015

Kitorang pun keluar.. Sekejap jela.. Lagipun shiro cakap dia ada program petang tu. Balik rumah, aku tengok cerita Hindustan "Bajrangi Bhaijaan". Pfftt takde kerja! So that day, turn aku masak dinner. Habis cerita tu, aku da nak get ready la nak masak. 

Thennnn, qiqi, shiro and nina masuk bilik aku. Aku blur kot. Apa kes plak ni? Bila masa plak qiqi datang rumah? Then aku nampak cake.. Lollll.. Memang surprise laaa!

Seriously, aku tak dengar apa yang dorang buat kat ruang tamu. Aku pakai earphone, so yeahh =='







The mastermind is of course, Shiro. 

Plan A: Nak celebrate dekat cake shop

Tapi awal-awal lagi aku da cakap tak nak. Pfttt. So cancelll.

Plan B: Nak pergi beli cake and makanan dgn Nina.

Tapi aku cakap nak ikut. Hahaha. Aku perosak plan shiro! Sorry shiroyaa. Mana la aku tahu korang nak buat surprise kat aku. 


Shiro: Nak buat masa birthday kau, mesti kau boleh agak. Tak surprise la! 





So, dorang berjaya la buat surprise party untuk aku. Walaupun awal sikit tapi I really really appreciate it! Thanks koranggg <3

20 Oktober 2015

Pagi-pagi aku bangun and mandi semua, tetiba nampak kad and hadiah dekat katil. Haha, so sweet shiroyaa.

Hari ni aku ada klinik Oral Diagnosis. So, dekat ITU markaz sihhi la. Macam biasa, berjalan dari rumah ke markaz sihhi dalam 20 minit.. Diagnose patient semua then dalam pkul 11 pagi dah habis. 

Faa ajak lunch dekat Slatan Thai. So yeah, I celebrate my birthday kat Slatan Thai. hahaha. After lunch, balik rumah kejap, solat zohor then pergi kelas 2.15 - 4.15 pm. 

On the way back from JUST petang tu, dalam bas tu tetiba la aku rasa sedih. Aku dah 22 tahun, tapi mama masa 22 tahun dah ada aku. Aku fikir-fikir, wahh hebatnya mama. Muda-muda dah kahwin, ada anak, bekerja pulak tu. Kuatnya mama, matured nya mama. Hmmm, can I be like her? *Diam-diam aku menangis dalam bas*.

So biasa-biasa je my birthday sebab faham je semua penat dengan klinik dan kelas dan dah sambut awal kan. Thank you so much for all the wishes and doa. InshaaAllah I'll do my best in this final year and cepat-cepat balik Malaysia for good. The next birthday, inshaAllah kalau panjang umur nak sambut dengan family pulak. 


To sue and nazirah, balik Malaysia nanti aku nak tuntut hadiah aku okay! :P Komawoooo~ 

Happy weekend everyone! 


Friday, October 16, 2015

My Simple but Sweet Makeup Style

Salam...

So today I would like to share with you guys, my second video about SWEET makeup! Actually I did the recording before the Paediatric clinic last Wed, but the lighting was so bad. So, I re-do it! 

The video is in Malay + English + Manglish? Lols. Enjoyyyy~



Click here, to see My Simple Natural Makeup Style

With my twinnnn after clinic.

Sorry arab, kitorang selfie tengah-tengah jalan.

To those in Irbid, and need treatment, do contact me! :)
!إذا كنت في حاجة إلى علاج, الاتصال أنا

P/s: Baru tiga minggu start sem, tapi dah tak sabar nak habis sem, nak balik Malaysiaaa T.T Selamat studyy~


Semakin menggunung dan menggunung~

Saturday, October 10, 2015

My Routines Before Going To Bed.. and SESERI.

Olla,

okay today aku nak share about benda yang selalu aku buat sebelum masuk tidur. Aku jarang sangat tertidur depan laptop or masa tengah baca buku kecuali memang betul-betul penat. Sakit badan kot kalau tertidur macam tu. Not good..

Rutin-rutin ni aku selalu tengok mama aku buat. Maybe sebab tu la dia maintain muda, kulit pun lawo je.. Jeles kita.. So, aku pun bila da 'meningkat usia' ni ada la rasa kesedaran untuk jaga badan, kulit semua. Baru 22 but why I dont like the fact that I'm 22? =='

Okay sebelum aku tidur,

1) Minum air putih

Minum air putih sebelum tidur boleh mengurangkan risiko terkena serangan jantung ataupun strok ketika tidur. And masa kita tidur ni la segala hormon nak regulate balik. 

2) Gosok gigi

Gosok gigi selepas korang minum air okay. Kalau korang gosok gigi dulu, then terus minum air, sia-sia jela korang gosok gigi tadi. Gosok gigi sebelum tidur ni penting untuk membersihkan sisa-sisa makanan mungkin tertinggal. Ketika kita tidur, kadar air liur yang badan kita produce kurang berbanding ketika kita dalam keadaan sedar. So, kalau kurang air liur untuk fight bacteria dan asid plus tak gosok gigi plak, gigi kita senang BERLUBANG! Sila dengar cakap doktor ni okay. Alhamdulillah setakat ni gigi doktor takde lubang2 pun :)

3) Cuci muka

Untuk tidur dengan selesa, takkan nak tidur dengan muka berminyak-minyak kan? Yang pakai makeup, lagi la kena cuci muka. Jangan tidur dengan muka ber makeup. Memang la tak nampak side effect sekarang, tapi di kemudian hari? Sendiri mau ingat... Cuci dengan pencuci muka okay.



4) Wudhuk?

Lagi afdhal la kan kalau yang ISLAM berwudhuk sebelum tidur. Wudhuk ni macam complete package, korang cuci muka, telinga, tangan, kaki.. Luls. Pahala lagi.. Rugi tak buat

5) Pakai krim muka

Hari-hari aku jalan pergi klinik, pergi kelas. Kulit muka ni terdedah dengan asap, segala microbes, cahaya matahari.. Kesian kulit muka aku T.T pfftt

6) Sapu losyen 

Masa aku kecik-kecik, selalu la nampak mak aku sapu losyen kat tapak kaki, tangan and leher dia. And sekarang aku amalkan benda ni. Bila tidur, wangi je and korang senang lena. 

7) Tutup lampu

Memang dari kecik aku tidur bergelap. And ada research pun cakap yang supposedly kita kena tutup lampu masa tidur. Baik untuk hormon badan. Aku tahu ada je yang da terbiasa tidur dengan lampu terbukak tapi for the sake of health, mungkin boleh mula dengan guna lampu tidur? Yang dah jadi parents tu, ajar anak-anak tidur tutup lampu. nanti senang bila dorang da biasa dorang tak takut la ^^ 


Now, I am ready for a beauty sleep! Baca la doa tidur, tiga kul, ayat kursi. zzzzz....


....................................

Apa kaitan sebelum masuk tidur dengan Seseri? Dulu zaman seseri tahu nak baca al-mulk sebelum tidur. Tutup mata mengantuk2 tu pun boleh baca. Cam power je. pftt. Buat bulatan tengah dorm baca ramai-ramai. Yang lambat kena tunggu dekat luar dorm. Alahai rindunya zaman sekolah asrama! Rindu semua! Rindu Brassi! Dari Seseri ni la aku dapat nickname SERI. Go go SESERI! luls. 


Zaman specky. Iznee Rehanna, geng puncak alam.
Cari gambar ain and shima sekali tak jumpa T.T

Bowling Team! <3


As Ganu, Afi and Azie the captain!

Okay dah almost 5 tahun tinggalkan sekolah. Korang cakap nak gather satu batch after 10 tahun kan? Panjang umur kita jumpa semua BELLATRIX, inshaaAllah. :)

S to the S to the SES,
E to the E to the ERI,
SES,
ERI,
Goooooo SESERI!

Okay sekarang nak study CnB. Bye!

Saturday, October 3, 2015

My Simple Natural Makeup Style

Salam.

Today I would like to share with you guys how I do the natural makeup. Its so simple and anyone can try it :) 

Check out my first tutorial video everrr.




And if you wanna look more sweet, apply pink blusher and pink lipstick! And also black eyeliner, why not?



Selamat mencuba! :) 

P/s: To get a natural healthy skin, drink lots of plain water. Water is good! 





Thursday, October 1, 2015

First week of Senior Year!

Olla.. So setelah cuti sebulan setengah, kelas pun bermula seperti biasa. Kali ni memang aku takut la nak naik tahun. Sebabnya bila dah final year ni doktor expect everything dah ada dalam kepala kau. Muscles, Lymph nodes, salivary glands, nerves, clinical techniques and etc... Salah kita la kalau tak tahu sebab doctor dah ajar. 

Sekarang aku dah masuk tahun lima, pagi klinik dan petang kelas. Klinik start pukul 9 - 12. Kelas pulak mostly pukul 2.15 - 4.15. Kalau tahun 4 dulu, pagi kelas dan petang klinik. So pagi-pagi dalam 8.30 aku dah keluar rumah and jalan kaki pergi klinik (markaz sihhi). Nak sampai ke klinik tu ada la dalam 20 minit. Menyahut seruan mengamalkan gaya hidup sihat la kononnya ==' 



Lepas klinik baru amek gambar, memang selekeh laaaaaaaa

Jadual klinik aku

Ahad - Prosthodontics (Gigi palsu)
Isnin - Conservative D. (Tampal gigi) 
Selasa - O.Diagnosis (ITU) / O.Medicine / O.Radiograph
Rabu - Paediatric (Kanak-kanak) / Orthodontics (Braces)
Khamis - Surgery (Cabut gigi) / Periodontics (Scaling)

PROSTHO

Ahad hari tu still cuti, so minggu depan baru masuk klinik prostho.

CONS 

Untuk klinik cons kitorang dah mula buat kerja. Aku and shiro try nak kejar requirement sebanyak mungkin . SAKIT HATI la markah cons tahun lepas rendah sebab patient sikit.

ORAL DIAGNOSIS

Selasa, first time check patient dekat ITU. Seriously, cuti sebulan bahasa arab pun dah ingat lupa. Nasib baik assistant aku arab. Yang penting tentang klinik OD, kena ingat macam mana nak check extra oral intra oral, interpret radiograph, dan buat treatment plan. Doktor akan tanya "What, Why, How, Which" questions. 

Patient aku pergi bagi no phone aku kat lelaki arab mane entah. Siap hantar gambar bunga, pickup line takleh blah. Ana bagi no phone sebab senang kalau enti nak buat appointment. Bukan untuk disebarkan sesuka hati ye.

PEDO

Hmmm klinik pedo. Klinik yang paling kena control perasaan. Yela nak dealing dengan budak-budak. Kena senyum selalu, bersabar, buat suara dolphin high note. Naluri keibuan kebapaan memang keluar la kan. Kalau dia menangis menjerit lagi haru biru. 

Patient first untuk sem ni, kitorang refer dia ke postgraduate untuk treatment under G.A after kitorang examine and scaling. (Datang awal, kalau luck ada la patient from dispensary. aku dapat dari dispensary)

SURGERY

Patient ramai je pagi nak cabut gigi. Ada MOS case tapi doctor tak bagi buat sebab too complicated as root dia da kena IAN. Bone reduction pun ada yang buat. Yang pastinya untuk simple extraction, doctor expect kita dah masyi. Aku assist Fa, ada drama la sekejap antara patient ni dengan Dr.. Dia nak clear gigi dia sebab nak pakai complete denture, tapi bila kitorang check, gigi dia banyak lagi yang elok. Kertas referral dia mencurigakan and file dia tak ada. Dr cakap la dia tak perlu pun pakai complete denture, pt tu nak jugak cabut semua. Dramaaaa..... Untuk hari ni, kitorang just cabut 3 remaining roots dia je.



Komawoo shiroya sebab tak muak tengok muka saya hari-hari. Di kelas, di klinik, di rumah. Di mana-mana sahaja. Ngahaha.

Shiroya, ni dah Oktober. Jangan lupa check tarikh hari-hari :P hahaha

Hari first jela kitorang berselfie, bergambar, the next-next day, da tak kuasa nak amek gambar. Sibuk fikir patient je. Doakan kitorang berjaya grad dengan jayanya okayyy! :)


P/s: Dr Azmi dah gertak suruh baca buku. Soalan exam dari buku. Sila la start dari sekarang... T.T