Thursday, October 22, 2015

Finally I'm 22 years old!

Salam, olla..

Pada 20 Oktober 2015 (selasa), maka akhirnya aku berumur 22 tahun! Finally.. Aku dah tak boleh cakap "I am not 22 yet" dah.. Profile Instagram pun bukan "turning 22', sekarang "22." Bye bye my age of 21 years! Terpaksa kurelakan kau pergi. Drama plak. 

Yeah, I was born on 20th october 1993 at 12.50 am. Orang tengah sedap-sedap tidur, aku sibuk nak keluar.. Mama cakap mama ada pilihan sama ada nak lahirkan 19hb ataupun 20hb. Mama pun mestilah pilih 20hb.. Baru cantik sikit tarikh tu kan.. haha.. Thanks ma..

Thank you shiro, a.k.a my partner in crime, my housemate, my mommy, my kembar! Nanti aku guna passport holder tu bila balik January nanti! :)

16 Oktober 2015

So, jumaat tu, Aqilah a.k.a bini aziz (aku suka gelarkan si qiqi ni "bini aziz" sekarang haha) message aku. 

Aqilah: Seri.. Aku teringin la nak makan bende manis comel2. hehe. jom g cake shop nak esok? Dh lama xg..

Aku pun reply, malas la nak g.. sebabnya aku kena bayar untuk patient bridge aku hari ahad nanti.. bukan sikit tapi 30 Dinar! Huwaaa. Aku cakap after duit JPA masuk macam sedap sikit la nak g.. Tapi si qiqi ni tak balas da after that... Aku ingat merajuk ke ape la bini aziz ni.

Then malam tu, Nina cakap esok pagi dia nak g zamzam. Aku cakap aku nak ikut sebab nak singgah cucuk duit and beli barang jugak.

17 Oktober 2015

Kitorang pun keluar.. Sekejap jela.. Lagipun shiro cakap dia ada program petang tu. Balik rumah, aku tengok cerita Hindustan "Bajrangi Bhaijaan". Pfftt takde kerja! So that day, turn aku masak dinner. Habis cerita tu, aku da nak get ready la nak masak. 

Thennnn, qiqi, shiro and nina masuk bilik aku. Aku blur kot. Apa kes plak ni? Bila masa plak qiqi datang rumah? Then aku nampak cake.. Lollll.. Memang surprise laaa!

Seriously, aku tak dengar apa yang dorang buat kat ruang tamu. Aku pakai earphone, so yeahh =='







The mastermind is of course, Shiro. 

Plan A: Nak celebrate dekat cake shop

Tapi awal-awal lagi aku da cakap tak nak. Pfttt. So cancelll.

Plan B: Nak pergi beli cake and makanan dgn Nina.

Tapi aku cakap nak ikut. Hahaha. Aku perosak plan shiro! Sorry shiroyaa. Mana la aku tahu korang nak buat surprise kat aku. 


Shiro: Nak buat masa birthday kau, mesti kau boleh agak. Tak surprise la! 





So, dorang berjaya la buat surprise party untuk aku. Walaupun awal sikit tapi I really really appreciate it! Thanks koranggg <3

20 Oktober 2015

Pagi-pagi aku bangun and mandi semua, tetiba nampak kad and hadiah dekat katil. Haha, so sweet shiroyaa.

Hari ni aku ada klinik Oral Diagnosis. So, dekat ITU markaz sihhi la. Macam biasa, berjalan dari rumah ke markaz sihhi dalam 20 minit.. Diagnose patient semua then dalam pkul 11 pagi dah habis. 

Faa ajak lunch dekat Slatan Thai. So yeah, I celebrate my birthday kat Slatan Thai. hahaha. After lunch, balik rumah kejap, solat zohor then pergi kelas 2.15 - 4.15 pm. 

On the way back from JUST petang tu, dalam bas tu tetiba la aku rasa sedih. Aku dah 22 tahun, tapi mama masa 22 tahun dah ada aku. Aku fikir-fikir, wahh hebatnya mama. Muda-muda dah kahwin, ada anak, bekerja pulak tu. Kuatnya mama, matured nya mama. Hmmm, can I be like her? *Diam-diam aku menangis dalam bas*.

So biasa-biasa je my birthday sebab faham je semua penat dengan klinik dan kelas dan dah sambut awal kan. Thank you so much for all the wishes and doa. InshaaAllah I'll do my best in this final year and cepat-cepat balik Malaysia for good. The next birthday, inshaAllah kalau panjang umur nak sambut dengan family pulak. 


To sue and nazirah, balik Malaysia nanti aku nak tuntut hadiah aku okay! :P Komawoooo~ 

Happy weekend everyone! 


2 comments: