okay today aku nak share about benda yang selalu aku buat sebelum masuk tidur. Aku jarang sangat tertidur depan laptop or masa tengah baca buku kecuali memang betul-betul penat. Sakit badan kot kalau tertidur macam tu. Not good..
Rutin-rutin ni aku selalu tengok mama aku buat. Maybe sebab tu la dia maintain muda, kulit pun lawo je.. Jeles kita.. So, aku pun bila da 'meningkat usia' ni ada la rasa kesedaran untuk jaga badan, kulit semua. Baru 22 but why I dont like the fact that I'm 22? =='
Okay sebelum aku tidur,
1) Minum air putih
Minum air putih sebelum tidur boleh mengurangkan risiko terkena serangan jantung ataupun strok ketika tidur. And masa kita tidur ni la segala hormon nak regulate balik.
2) Gosok gigi
Gosok gigi selepas korang minum air okay. Kalau korang gosok gigi dulu, then terus minum air, sia-sia jela korang gosok gigi tadi. Gosok gigi sebelum tidur ni penting untuk membersihkan sisa-sisa makanan mungkin tertinggal. Ketika kita tidur, kadar air liur yang badan kita produce kurang berbanding ketika kita dalam keadaan sedar. So, kalau kurang air liur untuk fight bacteria dan asid plus tak gosok gigi plak, gigi kita senang BERLUBANG! Sila dengar cakap doktor ni okay. Alhamdulillah setakat ni gigi doktor takde lubang2 pun :)
3) Cuci muka
Untuk tidur dengan selesa, takkan nak tidur dengan muka berminyak-minyak kan? Yang pakai makeup, lagi la kena cuci muka. Jangan tidur dengan muka ber makeup. Memang la tak nampak side effect sekarang, tapi di kemudian hari? Sendiri mau ingat... Cuci dengan pencuci muka okay.
4) Wudhuk?
Lagi afdhal la kan kalau yang ISLAM berwudhuk sebelum tidur. Wudhuk ni macam complete package, korang cuci muka, telinga, tangan, kaki.. Luls. Pahala lagi.. Rugi tak buat
5) Pakai krim muka
Hari-hari aku jalan pergi klinik, pergi kelas. Kulit muka ni terdedah dengan asap, segala microbes, cahaya matahari.. Kesian kulit muka aku T.T pfftt
6) Sapu losyen
Masa aku kecik-kecik, selalu la nampak mak aku sapu losyen kat tapak kaki, tangan and leher dia. And sekarang aku amalkan benda ni. Bila tidur, wangi je and korang senang lena.
7) Tutup lampu
Memang dari kecik aku tidur bergelap. And ada research pun cakap yang supposedly kita kena tutup lampu masa tidur. Baik untuk hormon badan. Aku tahu ada je yang da terbiasa tidur dengan lampu terbukak tapi for the sake of health, mungkin boleh mula dengan guna lampu tidur? Yang dah jadi parents tu, ajar anak-anak tidur tutup lampu. nanti senang bila dorang da biasa dorang tak takut la ^^
Now, I am ready for a beauty sleep! Baca la doa tidur, tiga kul, ayat kursi. zzzzz....
....................................
![]() |
| Zaman specky. Iznee Rehanna, geng puncak alam. Cari gambar ain and shima sekali tak jumpa T.T |
![]() |
| Bowling Team! <3 |
![]() |
| As Ganu, Afi and Azie the captain! |
Okay dah almost 5 tahun tinggalkan sekolah. Korang cakap nak gather satu batch after 10 tahun kan? Panjang umur kita jumpa semua BELLATRIX, inshaaAllah. :)
S to the S to the SES,
E to the E to the ERI,
SES,
ERI,
Goooooo SESERI!
Okay sekarang nak study CnB. Bye!




No comments:
Post a Comment