Wednesday, September 23, 2015

Sweet escape to Wadi Rum and Aqaba, Jordan.

Hari-hari cuti sudah menampakkan penghujungnya. Tetiba Awanis whatsapp shiro, ajak aku and shiro pergi Wadi Rum. Kitorang dah pernah pergi before ni, tapi saje2 nak pergi lagi. 

Hari ahad lepas register subjek, kitorang pun bertolak ke wadi rum dari Irbid. Kitorang bertolak dalam pukul 11.15 pagi dan sampai dalam 4 lebih petang. Perjalanan ada la dalam 5 jam++. Aku kena duduk sebelah seat driver la pulak. Aku dah la jenis cepat tertidur dalam kereta. Kesian Abu Ahmad dapat 'co-pilot' macam aku. Haha. Nasib la.. 

Dalam van, kitorang finalised our decision untuk pergi Aqaba keesokan harinya. Padahal masing-masing tak bawak baju extra. Pandai-pandai la hidup. 

WADI RUM
Tak main la lembu ke monyet lintas jalan.. Sini unta adaaa.
View sebelum melepasi pintu masuk Wadi Rum

Sampai je dekat Wadi Rum, kami ditour guide oleh Faiz. Alhamdulillah power english Faiz ni. Dengan menaiki 4WD, kami merentasi padang pasir dan ke check-point 1. Faiz mula bercerita tentang bagaimana tanah Arab cuba untuk keluar dari penguasaan kerajaan Turki dan membentuk negara sendiri dan Wadi Rum dijadikan kubu pertahanan. 


Sebelum apa-apa, kita ambik gambar group dulu.. 
Checkpoint ke-2, kami dibawa ke kawasan Sand dunes. Ala-ala gurun sahara gitu tapi tak la sebesar tu. Tapi tetap susah woo nak panjat.. Ada matsaleh tu dia naik sampai atas, siap baring ambik gambar. Haha. Aku naik 1/4 jela, itupun kasut stoking semua pasir dah masuk. Dah la bawak stoking spare satu je =.='

Boleh kurus kalau korang turun naik sand dunes ni.
We're so small compared to the nature around us.

The MAIN EVENT dekat Wadi Rum ni ialah tengok matahari terbenam. Sebab tu kalau nak pergi sana, kena sampai awal sikit dari waktu maghrib. Kalau terlambat, memang tak sempat. Yela, korang kena panjat bukit lagi, nak setting2 kamera lagi. Memang sangat cantik ok! Rasa tenang dan kagum dengan keindahan alam yang Allah cipta.


Sunset @ Wadi Rum. 

Kami bermalam di kawasan perkhemahan yang disediakan. 

Feeling2 macam arab badawi, duduk dekat kawasan padang pasir. Baru la thrill. Bila malam memang gelap gelita.

Faiz pesan dengan kitorang, makan malam buffet start pukul 8. Sebelum tu, pakcik-pakcik arab ni buat persembahan dulu sementara menunggu makanan siap dihidangkan. Menu utama di tengah padang pasir mestilah lain dari yang lain. Ayam yang dipanggang bawah tanah selama 2 jam. Masa pakcik arab tu angkat ayam tu keluar, semua orang "wooooooo". Lols. Semestinya sedap.


Ada campfire lepas makan and pakcik2 arab mula menyanyi and main alat muzik dorang.

Aku dan yang lain tak duduk lama, kami kemudiannya beredar ke kawasan khemah. Antara tujuan kami bermalam di sini mestilah untuk melihat bintang-bintang! Gelap2 tu,suka hati je kitorang bentangkan hirom tengah2 camp tu dan baring beramai-ramai menghadap langit. 


our cameras cant capture the stars. So this is from google but its exactly the same :) Credit to Kai

Terasa hilang masalah bila bintang-bintang yang berterabur di langit. Kami mula membaca surah Al-Mulk dan tadabur ayat. Mengapa surah Al-Mulk? Haa, boleh click sini. ( Lihat terjemahan surah Al-Mulk ) Rasa meresap dalam jiwa betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Meremang jugak rasa bila dengar, ditambah dengan angin padang pasir yang semakin sejuk. 

Dalam pukul 11 pun kami bersurai, masuk ke khemah masing-masing. Aku berborak dengan Nasuha sampai pukul 1 baru kitorang tidur. 


AQABA

Esoknya, kami bersarapan, bergambar-gambar dan bertolak ke aqaba. Aqaba tak jauh pun dari wadi rum. Tak sampai sejam pun perjalanan kami. Sampai sana, terus check in hotel and rehat-rehat dulu. 

Serius panas giler kat luar. Sila pakai sunblock kalau visit aqaba time selain winter. Aku ingat lepas datang masa first year dulu, dah tak jejak la dekat aqaba ni. Masih ada jodoh rupanya aku dengan aqaba ni. Pftttt. 

Aqaba ni famous dengan pantai dan makanan lautnya. Mestilah kena makan ikan kalau datang sini! Diet ku hancur berderai T.T

Ramai orang datang sini sebab barang-barang dekat aqaba ni duty free(?). Murah la dari mantiqah2 lain. Kitorang tak shopping pun, sekarang dekat Irbid semua ada. 


While waiting for sunset

Lols. Lepas asar, kitorang minum2, jalan-jalan tepi pantai. Dekat tepi pantai ni boleh nampak negara 'Israel' dan Mesir. Saudi pun just 10 km dari aqaba. 


Aku tengok negara seberang tu rasa curious je apa yang ada kat sana. Passport pulak tak lepas. Haihhh.

Layan-layan perasaan kejap tepi pantai, tengok sunset. Then dorang ajak naik speed boat. Bayar la 2 dinar sorang... Best sampai rasa nak naik lagi. Hahaha. 

Malam tu, just aku, shiro, huda and yuhana pusing2 tgk barang and layan minum air syumam (tembikai susu). Yang lain dah surrender, naik bilik. Air jus dekat aqaba ni memang best giler sebab dia pekat.

So our first night at aqaba ended like that. 

Pagi esoknya, awal-awal lagi kami dah bertolak balik. Tapi singgah kejap dekat Darna. Pantai dekat Darna ni lagi lawa dan bersih air dia. Jernih sesangat, boleh nampak ikan dalam air. 


Nasib baik la tak bawak baju lebih, kalau tak dah terjun da kitorang. 

Masa first year dulu aku dan pernah datang da Darna ni dengan MEJ3. Aku ingat lagi Nurdin terpijak landak laut masa tu.. Sakit wooo.. T.T And jubah Tia terkena api BBQ. haha. Macam-macam. 


Bila pakcik arab tu terjun je dalam air, cepat-cepat aku suruh shiro posing. Haha. Kalau tak dia menyibuk je dekat belakang. 

Alhamdulillah kitorang dah selamat sampai Irbid :)
All pictures are from shiro's camera. Komawoo shiroya.

Quote of the day:
"We travel not to escape life,  but for life not to escape us!"

Sunday, September 20, 2015

Resepi Kek Coklat Moist dan Gathering.

Olla.. Okay ni first post pasal resepi.

Aku suka sangat mem baking or memasak ni. Masa kecik-kecik dulu, aku la tukang kacau kalau nenek or makcik aku buat kuih atau kek. Dari tukang kacau kepada pembantu tetap sampai la sekarang. T.T Aku ramai cousin lelaki, girls sikit. Pernah sekali tu, dorang sanggup tunggu aku balik cuti asrama untuk buat kuih raya. Rumah nenek aku selalu jadi spot untuk baking ramai-ramai. Asrama aku pun kat KL je, dekat dengan rumah nenek aku. Takpe lah, nampak la kan peranan penting aku kat situ. 

Suka tu memang suka kan, tapi sejak masuk clinical year, memang sangat jarang la aku nak baking. Kalau baking pun, masa hari raya atau ada orang request. Aku and housemate banyak makan dekat Gourmet (kedai kek dekat Irbid) je kalau nak makan kek. Aku rasa aku paling rajin baking ni masa 2nd year. Every week ada je aku baking. Rainbow cake la, kek pisang, biskut la and etc..

So hari ni, aku nak share resepi kek coklat yang aku buat masa makan-makan hari Jumaat hari tu. Aku sebenarnya nak buat apple crumble pie, tapi cik yusra teringin nak makan kek coklat. Aku pun buat la kek coklat. Apple crumble pie tu lain kali jela yeee. (Apple crumble makan dengan aiskrim vanila mmmmmm tempting).
.................................................................................................

Okay ni resepi kek coklat moist yang aku guna. InshaaAllah sedap je.

Bahan-bahan untuk membuat kek.

Bahan A
3/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam

Bahan B
4 biji telur 
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C
1 cawan gula pasir/gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak. (prefer minyak jagung) 

Cara-caranya:

1. Ayakkan bersama bahan-bahan A. Letakkan ke tepi.
2. Blender/mix menggunakn Mixer bahan B. Agak2 bila warna telur dah kuning putih, stop. Jangan lama. Letakkaan ke tepi.
3. Satukan kesemua bahan-bahan C dalam periuk. Gaul (satu arah) dan masak atas api yang kecil sehingga adunan sebati. Alihkan dari api dan rehatkan sebentar (about 5 minutes)
4. Satukan bahan A dan B secara berselang seli ke dalam C. Gaul rata.
5. Bila dah sebati, tuang ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit minyak. (Lagi baik kalau ada kertas minyak/wax paper)
6. Panaskan oven selama 15 minit (suhu 170 degree celcius).
7. Bakar selama 45-50 minit (mengikut oven masing-masing). Masa minit ke-40 dah boleh check. Terlambat menangis.
8. Sejukkan terlebih dahulu sebelum letak topping coklat ke atas kek.

Tips untuk mereka yang menggunakan oven yang ada api bawah sahaja:
Letakkan kek ada pada ketinggian 3/4 oven supaya bahagian bawah kek tidak overcooked.

.................................................................................................

Resepi topping coklat

Disebabkan hari tu ada sedikit drama dengan resepi yang aku guna, kelam kabut jugak aku and shiro nak selamatkan topping coklat hari tu. Nasib baik survive. >< So, dekat sini aku sertakan resepi topping coklat yang aku rasa the best yang aku pernah guna. 

Bahan-bahannya
300 gm coklat masak (dipotong kecil)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara-caranya:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
4. Tuangkan ke atas kek and wallaaa, siap. :)


Aku letak sprinkles atas kek. Korang boleh letak apa2 je yg korang suka.

Aku buat soto ayam, shiro buat spagetti bolognese. Memang cheat day aku hari tu. Heavenn.

Kitorang raya awal sikit. So hari raya haji nanti kitorang nak makan kat rumah org lain je. :P

Tetamu paling awal. Suka I tengok korang makan.

Adik2 lagi nampak matured dari kakak2. Sorry dek, kitorang semula jadi mcm ni. Umur je meningkat, perangai maintain. Haha. Thanks for coming!

Aku buat makan-makan ni sebab si yusra ni dah nak balik Malaysia. Alang-alang tu aku and shiro ajak la adek2 group MTS yang kitorang jadi fasi hari tu. Terima kasih yang sudi datang, yang tak dapat datang, takpe lain kali boleh jumpa lagi inshaaAllah. :)


Quote of the day:
"Do not play with your food!".

Thursday, September 17, 2015

The way I wear my makeup.

















Before we begin to put our makeup,

1. CLEANSER

First of all, clean your face with cleanser. Choose the one that suitable with your face and don’t keep changing products. Your skin might get sensitivity. So, stick to one!
My skin is kinda oily, so I use Oil & Acne Control Facial Cleanser by Safi Balqis. I have tried many products before, but this one suit me the best. It has been my choice for years.

2. TONER

Using a toner is just as crucial as cleansing, as it restores the skin’s natural Ph balance. There are different kinds of toners, but I prefer to use the one WITHOUT alcohol because my skin become not too dry and not too watery after that. So it depends on you actually.  
I love toner by Himalaya Herbals. Its Alcohol free and 100% herbal actives.

okay now let's get started,

3. BB CREAM

BB cream is promoted as an all-in-one facial cosmetic product to replace serum, moisturizer, primer, foundation and sunblock. For someone that doesn’t have time to put all these serum & etc (To go to class and clinic wearing all that, still excessive for me). So I found a solution! All I need is BB cream.  BB Cream Miracle Skin Perfector by GARNIER is the best! Seriously the jjang one.  

4. FACE POWDER

Just a few pads, not too much. I heard Revlon is good, but I didn’t try them yet. Will soon!

5. BLUSHERS

For cute effect, you use pink. But to show the cheekbones, use darker colour.  Normally my face easily goes blushing, so if I wear blusher it will make it worse. So depends on the occasion, but I rarely put blusher honestly.

6. EYE SHADOW

For eye shadow, you do need a few different colour palettes for different occasions.For natural effect, I use brown colour, a little bit pink. Black or other dark colour give more fierce effect.



7. EYELINER

The most basic one, black or dark brown. It can makes your eyes more pop out and big. Liquid type gives better effect. I prefer, in2it new eyeliner.

8. MASCARA

I don’t wear mascara to class or clinic or anywhere in Jordan. They’re heavy and makes me sleepy. Hahaha. But I like dark brown mascara. It suits me more than black. <3 Maybelline volum express.

9. EYEBROW PENCIL

Dark brown colour by Seventeen.  But I don’t use it that frequent. Just to dinner or event. Maybe because I think I already have thick eyebrows? ==’

10. LIPSTICK

Lip balm, lip gloss, lipstick, what else? At least you must have lip balm to keep your lips moist. Especially in winter.  If you have dark circle under your eyes, pink Is good. If you wanna go bold, choose red then. Orange or peach to look natural or innocent.

.................................................................................................

Usually I skip steps number 5, 8 and 9 when I'm in casual attire like going to class. And during exam season, probably I just wear face cream or face powder as I have much more important things to do (read the super duper lots of materials of course). Not all the time I wear makeup. There are moments when I feel like don't want to wear them. Just to let my skin breath freely? I'm still a university student.

Whatever products you want to use, make sure its compatible with your skin. If it causes reaction, stop immediately.

ALL of the above are totally my preferences. You guys might have different ideas about how to wear makeup. 

Quote of the day:
"Makeup can make you look pretty on the outside, but it does'nt help if you are ugly on the inside". 

Jadi, jangan lupa topup rohani jugak! Salam zulhijjah. ^^

Wednesday, September 16, 2015

How to survive clinical year? (DENTISTRY JUST)

Saya tahu adik-adik yang nak naik tahun 4 ni mesti rasa cuak. Yelah, first time nak handle patient yang sebenar-benarnya iaitu manusia.  Selama ni practice dekat phantom head je. Sekarang ni la masa untuk korang akan mempraktikkan apa yang korang belajar masa pre-klinikal. Realitinya memang saya sendiri pun panic, celaru, takut semua ada. Bergetar kot tangan masa pegang instruments. Dengan aura doctor yang hebat tu menambahkan lagi kepanikkan.

Tapi jangan risau, lama-lama korang akan biasa dan laju je buat kerja. Kalau dulu boleh treat satu gigi je, tapi sekarang boleh buat 2-3 gigi. Okay la kan? So, benda yang tak dapat dipisahkan dengan korang bila korang dah jejak klinikal year ni ialah requirements. Tiada jalan shortcut, korang memang kena kejar requirements, especially for cons clinic. Pagi korang ada kelas dan petang ada klinik. Klinik 12:45- 3.30 petang (usually pukul 1 baru start). Balik rumah usually memang penat, stress pun ada. Akan ada banyak drama dalam klinik, contohnya patient lari ke orang lain, patient tak datang, doctor bad mood, dan banyak lagi. Jadi pandai-pandai lah korang manage stress. Pergi makan ke, main futsal ke, etc..

klinik yang paling banyak drama (for me) is cons and prostho.

CONSERVATIVE DENTISTRY





Klinik cons adalah continuous. Sem 1 + sem 2. Gunalah masa sebaik-baiknya untuk buat treatment. Mula-mula tahun kitorang, Dr katanya dia nak ambik average ikut section masing-masing, sebab ada hari yang ramai patients, ada yang tak ramai. Malangnya, tak macam tu pun. Jadi sedih jugak la sebab markah rendah sebab requirements tak banyak. Jadinya, saya nasihatkan jangan takut untuk mula buat kerja, kalau tak tahu something cepat-cepat tanya doctor. Doktor tak marah punya. Don’t worry. Tapi requirements cons ni memang macam impossible la nak habiskan sebab tak sempat.  

So tips untuk survive cons,

-Kejar requirement clinic, jangan takut buat RCT. Jumpa patient, minta approval, buat kerja. RCT kena buat 2. Satu upper, satu lower. And gigi yang 1 root canal. (RCT paling banyak markah)

-Buat restoration amalgam more than composite, especially class 2.

-Kalau rasa tak confident bagi bius, minta doctor/imtiaz supervise korang.

-Bergilir-gilir dengan partner, jangan pentingkan diri! (Boleh gaduh kot)

-Berbaik-baiklah dengan arab, mana tahu dorang ada extra patient.

-Untuk final, ada praktikal exam, kena buat class 1 amalgam. So kena cari patient dan treat masa hujung semester 2. Doktor akan tetapkan tarikh exam dan korang kena bawak patient yang telah diapprove oleh doctor.

- Score tinggi for mid exam, sebab final exam sangat mengelirukan.


PROSTHODONTICS



Untuk prostho, klinik pun continuous. Sem 1 sampai sem 2. Satu sem satu complete denture (CD) case. Total yang korang kena buat untuk tahun 4 ni, 2 CD and 1 removable partial denture (RPD). RPD ni tak kisah buat masa sem 1 atau 2. Untuk CD, patient perlu bayar 10 dinar. RPD, 5 dinar. Klinik Prostho ni inshaaAllah korang boleh dapat markah tinggi, doktor selalu tolong at the end. Tetapi nak habiskan satu CD case tu memerlukan sekurang-kurangnya 5 minggu. Dan tak setiap minggu korang boleh buat kerja sebab partner korang pun nak buat kerja diorang jugak kan. 

Nasihat saya cari la patient seawal mungkin dan mulakan kerja awal. Pastikan patient boleh beri commitment sebab mereka perlu ulang alik ke klinik sebanyak 5 kali (at least). Kalau ada masalah, mungkin berlanjutan ke 6 kali. So, bila dah start sem terus confirmkan dengan arab bila minggu last klinik. Ini membantu korang untuk susun appointment and estimate bila korang boleh last bawa patient untuk mulakan kerja. Kadang-kadang ada je patient tapi doktor tak approve atas sebab-sebab tertentu seperti resorbed ridge, patient baru undergo surgery, dan banyak lagi.  

Tips for prostho clinic,

-Cari patient secepat mungkin. Cari la di sekitar irbid ataupun tanya kawan arab

-Susun jadual appointment betul-betul. Kalau dah susun dan tak cukup minggu, minta kebenaran doktor dahulu untuk bawa 2 patient. (Yours and your partner's)

-Doktor selalu akan bagi demo dahulu dan certain doctor suka tanya soalan. Study elok-elok

-Pernah ada quiz mengejut juga!

-Klinik prostho ni paling banyak berdiri dan bergerak sana sini. Pakai la kasut yang selesa.

-Setiap habis satu step, terus ambil markah dengan doktor. Markah terbahagi kepada 3, work, professionalism, and quiz. (Quiz teori berkaitan dengan kerja yang korang buat)

-Study betul-betul untuk final exam sebab portion besar 60%

-Lastly, bawa banyak bersabar. ><'


Quote of the day:
"Hard work + Dreams + Dedication = Success"




Tuesday, September 15, 2015

Tahniah Enti dah Grad!

Hari ni sebenarnya majlis graduasi budak-budak Yarmouk yang ambil Iqtisod (perbankan islam). Walaupun dah 4 tahun aku dekat sini, sekali pun aku tak pernah pergi majlis grad kat sini. Sadis sadis. Nak buat macam mana, bila bulan 8 je aku balik Malaysia. Ni first time berkulat kat sini, dapat la pergi. Lagi-lagi cik Yusra kita yang nak grad! Ada hikmah jugak aku tak balik sebenarnya. Hee. 

Majlis grad dekat sini lain daripada yang lain. Kalau kat Malaysia, parents je kan boleh masuk dewan. Dekat sini, sepupu sepapat kau semua boleh masuk. Kalau kau sanggup berpanas dalam tu boleh je nak masuk. Tapi bila majlis da start, dia memang tutup pintu and ada pakcik polis yang akan jaga. Kalau la takde pakcik polis ni, boleh runtuh dewan ni. Arab ni nothing is impossible. 

Yusra cakap dekat aku yang majlis start pukul 2 dan dia cakap kitorang tak payah la masuk sebab memang sesak. Jadinya aku and shiro duduk la dekat luar menunggu. Sebenarnya kitorang tak tahu pun tempat tu kat mana. Ikut instinct, kitorang pergi dekat tempat yang super duper ramai orang and meriah. Hari ni panas terik pulak tu. Sabar jela.. Dekat situ, terserempak la dengan adik-adik MTS hari tu. Beramah mesra la sambil menunggu. Padahal Shiro baca buku Oral Diseases kot. Nampak tak I loser di situ? Haha. Balik rumah I baca la. Sempat jugak bergambar dulu.

Apa jeling-jeling bro? Tak pernah nmpk orang ambik gambar ke?


Dalam 2.20 macam tu, majlis dah habis. Cepat kan? Haa, tu yang special kat sini. Laju je majlis dia. Kalau kat Malaysia penuh dengan protokol, ucapan, bergambar. Kat sini simple je, aku pun tak dapat imagine sebenarnya betapa lajunya dia bagi scroll atas pentas. Pfft. Budaya Arab kat sini dia memang bangga la kalau ahli keluarga dia dapat keputusan cemerlang ataupun grad. Siap dukung si penerima ijazah, menyanyi, menari, bunyi siren, buih-buih whatsoever tu semua ada. Secara jujurnya memang bising la. Tapi aku dah 4 tahun kat sini, dah banyak kali dah nampak. Faham dorang happy and bangga. So kita hormat la budaya mereka. 

Cari punya cari, jumpa la cik Yusra kita. Yusra ni aku jumpa time MHS (Minggu Haluan Siswa sekarang panggil MTS) masa first year dulu iaitu masa 2011. Kitorang satu group and boleh kamceng la. Disebabkan aku ni dulu bukan sekolah agama, panggil tudung pun singkat je lagi masa awal-awal dulu, baju pun takde la macam sekarang. Mesti orang lain pandang pelik tapi Yusra ni boleh masuk terus dengan aku. Rapat la sampai sekarang. Cuma lately ni masing-masing sibuk, aku sibuk dengan clinic, lab, kelas.. Yusra pun dah final year. Usually jadual exam kitorang pun lain-lain. Almaklumlah aku student JUST, dia student Yarmouk. Memang dah lama tak jumpa. Kadang-kadang je berborak kat WhatsApp. 



We met when we're 18. Now we are 22! Gosh, time does fly fast. I am so proud of her because I know its not easy to learn everything in Arabic. But you made it girl! Daebak. Aku tak tahu la apa jadi kat aku kalau belajar materials dalam bahasa arab. Alhamdulillah JUST ajar in English. Yuyu and semua2 yang dah graduate, selamat menempuh alam pekerjaan pulak selepas ni. Aku rasa macam tak percaya giler, dulu rasa macam kita girly2, sekarang dah besar dak kawan aku ni. Dah dewasa da kita ni. Haha. Memang la dah dewasa, ade je yang dah kahwin beranak semua. Lol.



Sorry aku buat muka. Panas sangat kot. Tak tahan. Dah rasa serabut bagai.


Akhir kata, akan ku buat kek coklat yang kau nak tu. :) 

Quote of the day:
"Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there". 


Genap 4 Tahun di Jordan

Tanggal 15/9/2015 menunjukkan bahawasanya dah 4 tahun aku dekat Jordan ni. Lama jugak dah aku kat sini rupanya. Walaupun keadaan Jordan yang banyak benda takde tapi Alhamdulillah dah tahun akhir pun. InshaaAllah 2 semester je lagi tinggal. Senior year! Seronok tu seronok tapi nak penuhkan requirements clinic tu yang semput tu. Nasib baik aku takde lelah betul-betul. Pffttt. 



Quote of the day:
"You must begin to think of yourself as becoming the person you want to be!"