Sunday, September 20, 2015

Resepi Kek Coklat Moist dan Gathering.

Olla.. Okay ni first post pasal resepi.

Aku suka sangat mem baking or memasak ni. Masa kecik-kecik dulu, aku la tukang kacau kalau nenek or makcik aku buat kuih atau kek. Dari tukang kacau kepada pembantu tetap sampai la sekarang. T.T Aku ramai cousin lelaki, girls sikit. Pernah sekali tu, dorang sanggup tunggu aku balik cuti asrama untuk buat kuih raya. Rumah nenek aku selalu jadi spot untuk baking ramai-ramai. Asrama aku pun kat KL je, dekat dengan rumah nenek aku. Takpe lah, nampak la kan peranan penting aku kat situ. 

Suka tu memang suka kan, tapi sejak masuk clinical year, memang sangat jarang la aku nak baking. Kalau baking pun, masa hari raya atau ada orang request. Aku and housemate banyak makan dekat Gourmet (kedai kek dekat Irbid) je kalau nak makan kek. Aku rasa aku paling rajin baking ni masa 2nd year. Every week ada je aku baking. Rainbow cake la, kek pisang, biskut la and etc..

So hari ni, aku nak share resepi kek coklat yang aku buat masa makan-makan hari Jumaat hari tu. Aku sebenarnya nak buat apple crumble pie, tapi cik yusra teringin nak makan kek coklat. Aku pun buat la kek coklat. Apple crumble pie tu lain kali jela yeee. (Apple crumble makan dengan aiskrim vanila mmmmmm tempting).
.................................................................................................

Okay ni resepi kek coklat moist yang aku guna. InshaaAllah sedap je.

Bahan-bahan untuk membuat kek.

Bahan A
3/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam

Bahan B
4 biji telur 
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C
1 cawan gula pasir/gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak. (prefer minyak jagung) 

Cara-caranya:

1. Ayakkan bersama bahan-bahan A. Letakkan ke tepi.
2. Blender/mix menggunakn Mixer bahan B. Agak2 bila warna telur dah kuning putih, stop. Jangan lama. Letakkaan ke tepi.
3. Satukan kesemua bahan-bahan C dalam periuk. Gaul (satu arah) dan masak atas api yang kecil sehingga adunan sebati. Alihkan dari api dan rehatkan sebentar (about 5 minutes)
4. Satukan bahan A dan B secara berselang seli ke dalam C. Gaul rata.
5. Bila dah sebati, tuang ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit minyak. (Lagi baik kalau ada kertas minyak/wax paper)
6. Panaskan oven selama 15 minit (suhu 170 degree celcius).
7. Bakar selama 45-50 minit (mengikut oven masing-masing). Masa minit ke-40 dah boleh check. Terlambat menangis.
8. Sejukkan terlebih dahulu sebelum letak topping coklat ke atas kek.

Tips untuk mereka yang menggunakan oven yang ada api bawah sahaja:
Letakkan kek ada pada ketinggian 3/4 oven supaya bahagian bawah kek tidak overcooked.

.................................................................................................

Resepi topping coklat

Disebabkan hari tu ada sedikit drama dengan resepi yang aku guna, kelam kabut jugak aku and shiro nak selamatkan topping coklat hari tu. Nasib baik survive. >< So, dekat sini aku sertakan resepi topping coklat yang aku rasa the best yang aku pernah guna. 

Bahan-bahannya
300 gm coklat masak (dipotong kecil)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara-caranya:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
4. Tuangkan ke atas kek and wallaaa, siap. :)


Aku letak sprinkles atas kek. Korang boleh letak apa2 je yg korang suka.

Aku buat soto ayam, shiro buat spagetti bolognese. Memang cheat day aku hari tu. Heavenn.

Kitorang raya awal sikit. So hari raya haji nanti kitorang nak makan kat rumah org lain je. :P

Tetamu paling awal. Suka I tengok korang makan.

Adik2 lagi nampak matured dari kakak2. Sorry dek, kitorang semula jadi mcm ni. Umur je meningkat, perangai maintain. Haha. Thanks for coming!

Aku buat makan-makan ni sebab si yusra ni dah nak balik Malaysia. Alang-alang tu aku and shiro ajak la adek2 group MTS yang kitorang jadi fasi hari tu. Terima kasih yang sudi datang, yang tak dapat datang, takpe lain kali boleh jumpa lagi inshaaAllah. :)


Quote of the day:
"Do not play with your food!".

No comments:

Post a Comment