Tuesday, September 15, 2015

Tahniah Enti dah Grad!

Hari ni sebenarnya majlis graduasi budak-budak Yarmouk yang ambil Iqtisod (perbankan islam). Walaupun dah 4 tahun aku dekat sini, sekali pun aku tak pernah pergi majlis grad kat sini. Sadis sadis. Nak buat macam mana, bila bulan 8 je aku balik Malaysia. Ni first time berkulat kat sini, dapat la pergi. Lagi-lagi cik Yusra kita yang nak grad! Ada hikmah jugak aku tak balik sebenarnya. Hee. 

Majlis grad dekat sini lain daripada yang lain. Kalau kat Malaysia, parents je kan boleh masuk dewan. Dekat sini, sepupu sepapat kau semua boleh masuk. Kalau kau sanggup berpanas dalam tu boleh je nak masuk. Tapi bila majlis da start, dia memang tutup pintu and ada pakcik polis yang akan jaga. Kalau la takde pakcik polis ni, boleh runtuh dewan ni. Arab ni nothing is impossible. 

Yusra cakap dekat aku yang majlis start pukul 2 dan dia cakap kitorang tak payah la masuk sebab memang sesak. Jadinya aku and shiro duduk la dekat luar menunggu. Sebenarnya kitorang tak tahu pun tempat tu kat mana. Ikut instinct, kitorang pergi dekat tempat yang super duper ramai orang and meriah. Hari ni panas terik pulak tu. Sabar jela.. Dekat situ, terserempak la dengan adik-adik MTS hari tu. Beramah mesra la sambil menunggu. Padahal Shiro baca buku Oral Diseases kot. Nampak tak I loser di situ? Haha. Balik rumah I baca la. Sempat jugak bergambar dulu.

Apa jeling-jeling bro? Tak pernah nmpk orang ambik gambar ke?


Dalam 2.20 macam tu, majlis dah habis. Cepat kan? Haa, tu yang special kat sini. Laju je majlis dia. Kalau kat Malaysia penuh dengan protokol, ucapan, bergambar. Kat sini simple je, aku pun tak dapat imagine sebenarnya betapa lajunya dia bagi scroll atas pentas. Pfft. Budaya Arab kat sini dia memang bangga la kalau ahli keluarga dia dapat keputusan cemerlang ataupun grad. Siap dukung si penerima ijazah, menyanyi, menari, bunyi siren, buih-buih whatsoever tu semua ada. Secara jujurnya memang bising la. Tapi aku dah 4 tahun kat sini, dah banyak kali dah nampak. Faham dorang happy and bangga. So kita hormat la budaya mereka. 

Cari punya cari, jumpa la cik Yusra kita. Yusra ni aku jumpa time MHS (Minggu Haluan Siswa sekarang panggil MTS) masa first year dulu iaitu masa 2011. Kitorang satu group and boleh kamceng la. Disebabkan aku ni dulu bukan sekolah agama, panggil tudung pun singkat je lagi masa awal-awal dulu, baju pun takde la macam sekarang. Mesti orang lain pandang pelik tapi Yusra ni boleh masuk terus dengan aku. Rapat la sampai sekarang. Cuma lately ni masing-masing sibuk, aku sibuk dengan clinic, lab, kelas.. Yusra pun dah final year. Usually jadual exam kitorang pun lain-lain. Almaklumlah aku student JUST, dia student Yarmouk. Memang dah lama tak jumpa. Kadang-kadang je berborak kat WhatsApp. 



We met when we're 18. Now we are 22! Gosh, time does fly fast. I am so proud of her because I know its not easy to learn everything in Arabic. But you made it girl! Daebak. Aku tak tahu la apa jadi kat aku kalau belajar materials dalam bahasa arab. Alhamdulillah JUST ajar in English. Yuyu and semua2 yang dah graduate, selamat menempuh alam pekerjaan pulak selepas ni. Aku rasa macam tak percaya giler, dulu rasa macam kita girly2, sekarang dah besar dak kawan aku ni. Dah dewasa da kita ni. Haha. Memang la dah dewasa, ade je yang dah kahwin beranak semua. Lol.



Sorry aku buat muka. Panas sangat kot. Tak tahan. Dah rasa serabut bagai.


Akhir kata, akan ku buat kek coklat yang kau nak tu. :) 

Quote of the day:
"Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there". 


2 comments:

  1. hi my dear
    I'm Ahmad from Luxor - Egypt
    how are U ??

    My Email:rashidyahmad@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ahmad. Nice to meet you.
      I'm fine. Thank u. You?

      Delete