Wednesday, September 16, 2015

How to survive clinical year? (DENTISTRY JUST)

Saya tahu adik-adik yang nak naik tahun 4 ni mesti rasa cuak. Yelah, first time nak handle patient yang sebenar-benarnya iaitu manusia.  Selama ni practice dekat phantom head je. Sekarang ni la masa untuk korang akan mempraktikkan apa yang korang belajar masa pre-klinikal. Realitinya memang saya sendiri pun panic, celaru, takut semua ada. Bergetar kot tangan masa pegang instruments. Dengan aura doctor yang hebat tu menambahkan lagi kepanikkan.

Tapi jangan risau, lama-lama korang akan biasa dan laju je buat kerja. Kalau dulu boleh treat satu gigi je, tapi sekarang boleh buat 2-3 gigi. Okay la kan? So, benda yang tak dapat dipisahkan dengan korang bila korang dah jejak klinikal year ni ialah requirements. Tiada jalan shortcut, korang memang kena kejar requirements, especially for cons clinic. Pagi korang ada kelas dan petang ada klinik. Klinik 12:45- 3.30 petang (usually pukul 1 baru start). Balik rumah usually memang penat, stress pun ada. Akan ada banyak drama dalam klinik, contohnya patient lari ke orang lain, patient tak datang, doctor bad mood, dan banyak lagi. Jadi pandai-pandai lah korang manage stress. Pergi makan ke, main futsal ke, etc..

klinik yang paling banyak drama (for me) is cons and prostho.

CONSERVATIVE DENTISTRY





Klinik cons adalah continuous. Sem 1 + sem 2. Gunalah masa sebaik-baiknya untuk buat treatment. Mula-mula tahun kitorang, Dr katanya dia nak ambik average ikut section masing-masing, sebab ada hari yang ramai patients, ada yang tak ramai. Malangnya, tak macam tu pun. Jadi sedih jugak la sebab markah rendah sebab requirements tak banyak. Jadinya, saya nasihatkan jangan takut untuk mula buat kerja, kalau tak tahu something cepat-cepat tanya doctor. Doktor tak marah punya. Don’t worry. Tapi requirements cons ni memang macam impossible la nak habiskan sebab tak sempat.  

So tips untuk survive cons,

-Kejar requirement clinic, jangan takut buat RCT. Jumpa patient, minta approval, buat kerja. RCT kena buat 2. Satu upper, satu lower. And gigi yang 1 root canal. (RCT paling banyak markah)

-Buat restoration amalgam more than composite, especially class 2.

-Kalau rasa tak confident bagi bius, minta doctor/imtiaz supervise korang.

-Bergilir-gilir dengan partner, jangan pentingkan diri! (Boleh gaduh kot)

-Berbaik-baiklah dengan arab, mana tahu dorang ada extra patient.

-Untuk final, ada praktikal exam, kena buat class 1 amalgam. So kena cari patient dan treat masa hujung semester 2. Doktor akan tetapkan tarikh exam dan korang kena bawak patient yang telah diapprove oleh doctor.

- Score tinggi for mid exam, sebab final exam sangat mengelirukan.


PROSTHODONTICS



Untuk prostho, klinik pun continuous. Sem 1 sampai sem 2. Satu sem satu complete denture (CD) case. Total yang korang kena buat untuk tahun 4 ni, 2 CD and 1 removable partial denture (RPD). RPD ni tak kisah buat masa sem 1 atau 2. Untuk CD, patient perlu bayar 10 dinar. RPD, 5 dinar. Klinik Prostho ni inshaaAllah korang boleh dapat markah tinggi, doktor selalu tolong at the end. Tetapi nak habiskan satu CD case tu memerlukan sekurang-kurangnya 5 minggu. Dan tak setiap minggu korang boleh buat kerja sebab partner korang pun nak buat kerja diorang jugak kan. 

Nasihat saya cari la patient seawal mungkin dan mulakan kerja awal. Pastikan patient boleh beri commitment sebab mereka perlu ulang alik ke klinik sebanyak 5 kali (at least). Kalau ada masalah, mungkin berlanjutan ke 6 kali. So, bila dah start sem terus confirmkan dengan arab bila minggu last klinik. Ini membantu korang untuk susun appointment and estimate bila korang boleh last bawa patient untuk mulakan kerja. Kadang-kadang ada je patient tapi doktor tak approve atas sebab-sebab tertentu seperti resorbed ridge, patient baru undergo surgery, dan banyak lagi.  

Tips for prostho clinic,

-Cari patient secepat mungkin. Cari la di sekitar irbid ataupun tanya kawan arab

-Susun jadual appointment betul-betul. Kalau dah susun dan tak cukup minggu, minta kebenaran doktor dahulu untuk bawa 2 patient. (Yours and your partner's)

-Doktor selalu akan bagi demo dahulu dan certain doctor suka tanya soalan. Study elok-elok

-Pernah ada quiz mengejut juga!

-Klinik prostho ni paling banyak berdiri dan bergerak sana sini. Pakai la kasut yang selesa.

-Setiap habis satu step, terus ambil markah dengan doktor. Markah terbahagi kepada 3, work, professionalism, and quiz. (Quiz teori berkaitan dengan kerja yang korang buat)

-Study betul-betul untuk final exam sebab portion besar 60%

-Lastly, bawa banyak bersabar. ><'


Quote of the day:
"Hard work + Dreams + Dedication = Success"




No comments:

Post a Comment