Hari ahad lepas register subjek, kitorang pun bertolak ke wadi rum dari Irbid. Kitorang bertolak dalam pukul 11.15 pagi dan sampai dalam 4 lebih petang. Perjalanan ada la dalam 5 jam++. Aku kena duduk sebelah seat driver la pulak. Aku dah la jenis cepat tertidur dalam kereta. Kesian Abu Ahmad dapat 'co-pilot' macam aku. Haha. Nasib la..
Dalam van, kitorang finalised our decision untuk pergi Aqaba keesokan harinya. Padahal masing-masing tak bawak baju extra. Pandai-pandai la hidup.
WADI RUM
![]() |
| Tak main la lembu ke monyet lintas jalan.. Sini unta adaaa. |
![]() |
| View sebelum melepasi pintu masuk Wadi Rum |
Sampai je dekat Wadi Rum, kami ditour guide oleh Faiz. Alhamdulillah power english Faiz ni. Dengan menaiki 4WD, kami merentasi padang pasir dan ke check-point 1. Faiz mula bercerita tentang bagaimana tanah Arab cuba untuk keluar dari penguasaan kerajaan Turki dan membentuk negara sendiri dan Wadi Rum dijadikan kubu pertahanan.
![]() |
| Sebelum apa-apa, kita ambik gambar group dulu.. |
The MAIN EVENT dekat Wadi Rum ni ialah tengok matahari terbenam. Sebab tu kalau nak pergi sana, kena sampai awal sikit dari waktu maghrib. Kalau terlambat, memang tak sempat. Yela, korang kena panjat bukit lagi, nak setting2 kamera lagi. Memang sangat cantik ok! Rasa tenang dan kagum dengan keindahan alam yang Allah cipta.
![]() |
| Sunset @ Wadi Rum. |
Kami bermalam di kawasan perkhemahan yang disediakan.
![]() |
| Feeling2 macam arab badawi, duduk dekat kawasan padang pasir. Baru la thrill. Bila malam memang gelap gelita. |
Faiz pesan dengan kitorang, makan malam buffet start pukul 8. Sebelum tu, pakcik-pakcik arab ni buat persembahan dulu sementara menunggu makanan siap dihidangkan. Menu utama di tengah padang pasir mestilah lain dari yang lain. Ayam yang dipanggang bawah tanah selama 2 jam. Masa pakcik arab tu angkat ayam tu keluar, semua orang "wooooooo". Lols. Semestinya sedap.
Aku dan yang lain tak duduk lama, kami kemudiannya beredar ke kawasan khemah. Antara tujuan kami bermalam di sini mestilah untuk melihat bintang-bintang! Gelap2 tu,suka hati je kitorang bentangkan hirom tengah2 camp tu dan baring beramai-ramai menghadap langit.
![]() |
| our cameras cant capture the stars. So this is from google but its exactly the same :) Credit to Kai |
Terasa hilang masalah bila bintang-bintang yang berterabur di langit. Kami mula membaca surah Al-Mulk dan tadabur ayat. Mengapa surah Al-Mulk? Haa, boleh click sini. ( Lihat terjemahan surah Al-Mulk ) Rasa meresap dalam jiwa betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Meremang jugak rasa bila dengar, ditambah dengan angin padang pasir yang semakin sejuk.
Dalam pukul 11 pun kami bersurai, masuk ke khemah masing-masing. Aku berborak dengan Nasuha sampai pukul 1 baru kitorang tidur.
AQABA
Esoknya, kami bersarapan, bergambar-gambar dan bertolak ke aqaba. Aqaba tak jauh pun dari wadi rum. Tak sampai sejam pun perjalanan kami. Sampai sana, terus check in hotel and rehat-rehat dulu.
Serius panas giler kat luar. Sila pakai sunblock kalau visit aqaba time selain winter. Aku ingat lepas datang masa first year dulu, dah tak jejak la dekat aqaba ni. Masih ada jodoh rupanya aku dengan aqaba ni. Pftttt.
![]() |
| Aqaba ni famous dengan pantai dan makanan lautnya. Mestilah kena makan ikan kalau datang sini! Diet ku hancur berderai T.T |
Ramai orang datang sini sebab barang-barang dekat aqaba ni duty free(?). Murah la dari mantiqah2 lain. Kitorang tak shopping pun, sekarang dekat Irbid semua ada.
Lols. Lepas asar, kitorang minum2, jalan-jalan tepi pantai. Dekat tepi pantai ni boleh nampak negara 'Israel' dan Mesir. Saudi pun just 10 km dari aqaba.
![]() |
| While waiting for sunset |
Lols. Lepas asar, kitorang minum2, jalan-jalan tepi pantai. Dekat tepi pantai ni boleh nampak negara 'Israel' dan Mesir. Saudi pun just 10 km dari aqaba.
![]() |
| Aku tengok negara seberang tu rasa curious je apa yang ada kat sana. Passport pulak tak lepas. Haihhh. |
Layan-layan perasaan kejap tepi pantai, tengok sunset. Then dorang ajak naik speed boat. Bayar la 2 dinar sorang... Best sampai rasa nak naik lagi. Hahaha.
So our first night at aqaba ended like that.
Pagi esoknya, awal-awal lagi kami dah bertolak balik. Tapi singgah kejap dekat Darna. Pantai dekat Darna ni lagi lawa dan bersih air dia. Jernih sesangat, boleh nampak ikan dalam air.
Masa first year dulu aku dan pernah datang da Darna ni dengan MEJ3. Aku ingat lagi Nurdin terpijak landak laut masa tu.. Sakit wooo.. T.T And jubah Tia terkena api BBQ. haha. Macam-macam.
![]() |
Nasib baik la tak bawak baju lebih, kalau tak dah terjun da kitorang.
|
![]() |
| Bila pakcik arab tu terjun je dalam air, cepat-cepat aku suruh shiro posing. Haha. Kalau tak dia menyibuk je dekat belakang. |
Alhamdulillah kitorang dah selamat sampai Irbid :)
All pictures are from shiro's camera. Komawoo shiroya.
Quote of the day:
"We travel not to escape life, but for life not to escape us!"















cantik jugak gambar2 ak amik... XP kekeke...
ReplyDeleteaku da tapis2 dulu yg mane lawo :P
Delete